Mi-Voice MIC News

Perjumpaan Presiden MIC bersama YAB Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Bin Hamidi, Timbalan Perdana Menteri Malaysia

YBhg Tan Sri Dato’ Sri SA Vigneswaran, Presiden MIC telah mengadakan kunjungan hormat ke atas YAB Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Bin Hamidi, Timbalan Perdana Menteri Malaysia merangkap Presiden UMNO & Pengerusi Barisan Nasional di Kediaman Rasmi YAB Timbalan Perdana Menteri.

Terima kasih YAB Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Bin Hamidi atas kesudian menerima kunjungan hormat daripada Presiden MIC.

Moga kerjasama serta persefahaman erat yang telah terjalin selama ini akan terus utuh serta kukuh demi kedaulatan negara tercinta.