Mi-Voice MIC News

YB DATUK SERI M.SARAVANAN MENYOAL TENTANG JAWATANKUASA TINDAKAN HAL EHWAL MASYARAKAT INDIA

YB DATUK SERI M.SARAVANAN, AHLI PARLIMEN TAPAH MERANGKAP TIMBALAN PRESIDEN MIC telah meminta PERDANA MENTERI menyatakan apakah hala tuju dan sasaran Jawatankuasa Tindakan Hal Ehwal Masyarakat India (Indian Affair Action Commitee) serta fungsi jawatan kuasa dalam menyelesaikan isu masyarakat India dan bukan sekadar melepaskan batok di tangga.

YB DATUK ARMIZAN BIN MOHD ALI, MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI
(HAL EHWAL SABAH, SARAWAK DAN TUGAS-TUGAS KHAS) telah menjawab bahawa Jawatankuasa Tindakan Hal Ehwal Masyarakat India (Indian Affair Action Commitee) adalah sebuah jawatankuasa yang dicadangkan penubuhannya oleh Yang Berhormat Menteri Sumber Manusia. Walau bagaimanapun, cadangan tersebut masih diperingkat awal untuk diputuskan.

Besar harapan kami agar untuk mempercepatkan proses penubuhan dan implementasi untuk memelihara kebajikan Masyarakat India!

About the author

Editor

Add Comment

Click here to post a comment