Retreat (Pemukiman) MIC Kebangsaan selama tiga hari di Port Dickson, Negeri Sembilan melibatkan Pemimpin Kebangsaan dan Ketua Bahagian dari seluruh Negara dengan objektif melakar hala tuju parti pasca PRU-15.
Pelbagai agenda menjadi tumpuan, termasuk strategi memperkasakan Jentera MIC di semua peringkat, gerak kerja mendekati ahli dan pengundi yang efisien, strategi memanfaatkan media sosial secara optimum, pendekatan pengundi muda dan juga analisa PRU15.
Kepimpinan MIC di bawah YBhg Tan Sri Dato’ Sri Dr SA Vigneswaran komited di dalam menjana kebangkitan semula MIC, memastikan kelangsungan parti sebagai suara masyarakat India Malaysia.
Add Comment