Mi-Voice MIC News

KAJI SEMULA USUL LANJUTAN TEMPOH TAHANAN SOSMA – YB SENATOR DATUK T.MOHAN

27 Julai 2022, Dewan Negara: Perbahasan Akta SOSMA bagi lanjutkan tahanan selama 28 hari tanpa dirujuk kepada badan kehakiman.

Datuk T. Mohan memohon YB. Menteri KDN untuk mengaji semula usul tahanan 28 hari dan tangkapan atas dasar disyaki.

Beliau menegaskan bahawa tahanan yang begitu lama tanpa penglibatan badan kehakiman akan meningkatkan risiko salahguna kuasa polis terhadap tahanan.

Dalam situasi ini beliau meminta KDN untuk menggunakan SOSMA terhadap isu-isu ancaman keselamatan dan kedaulatan negara. Manakala bagi tuduhan-tuduhan lain tahanan harus melalui Tatacara Kanun Jenayah yang sedia ada. Akses kepada peguam harus diberi supaya tahanan dibela dengan satu proses yang lebih adil.

Beliau mengulas lagi, bahawa tahanan SOSMA mengikut data PDRM dahulu adalah seramai 3,717 orang dan daripadanya hanya 18% dapat ditubuhkan.

Manakala bagi lebih 3, 000 individu yang tidak didakwa mengalami trauma dan tekanan psikososial. Tambahan pula mereka juga dilihat sebagai penjenayah di komuniti dan hilang punca pendapatan.

Situasi ini mengancam keyakinan dan kepercayaan rakyat terhadap PDRM. Selain ini ia juga menguatkan stigma negatif rakyat terhadap ketelusan polis.

Dengan menilai situasi ini beliau menyeru YB. Menteri KDN untuk mengkaji semula usul SOSMA dan menilai untuk mantapkan kelemahan PDRM seperti sikap penerima rasuah dan tolak ansur dengan pesalah.

Ini kerana rasuah di kalangan anggota juga akan mengancam kelangsungan badan perundangan negara serta mengugat ketenteraman awam.

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=pfbid022MHo4fa6zMBMKYKifMLXRkXKKxBETJiSWGFBenrnFEPJAPjTWr66qHFjTuB6HkbCl&id=100044750644166

About the author

Editor

Add Comment

Click here to post a comment