Mi-Voice MIC News

Pertemuan YB Datuk Seri M.Saravanan dengan Jabatan Buruh Amerika Syarikat

Pertemuan selama satu jam ini berlangsung dengan lancar di mana YB Datuk Seri M.Saravanan, Menteri Sumber Manusia merangkap Timbalan Presiden MIC telah berkongsi dengan Jabatan Buruh Amerika Syarikat mengenai pelbagai inisiatif dalam mengekang isu buruh paksa yang dilaksanakan oleh Malaysia menerusi Kementerian Sumber Manusia. Antaranya termasuklah pelaksanaan e-wages dalam memastikan gaji pekerja dibayar tepat pada masanya, aplikasi Working For Workers serta kuarters pekerja berpusat (CLQ).

Selain itu, Jabatan Buruh Amerika Syarikat juga melihat potensi jalinan kerjasama dengan Kementerian sumber Manusia. Antaranya termasuklah pertukaran teknologi dan pembangunan kapasiti termasuk program perantis di bawah seliaan Jabatan Buruh Amerika Syarikat.

About the author

Editor

Add Comment

Click here to post a comment