Mi-Voice MIC News

Soalan YB SENATOR DATUK T. MOHAN di Persidangan Dewan Negara

YB DATO’ SRI MUSTAPA BIN MOHAMED,
MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI
(EKONOMI) menjawab soalan YB SENATOR DATUK T. MOHAN berkaitan Status penubuhan Jawatankuasa Kabinet Pembangunan Sosioekonomi Masyarakat India yang dijanjikan oleh YAB Perdana Menteri dalam Persidangan Agung MIC ke 75.

Menurut YB Menteri :

1. Jemaah Menteri pada 26 Januari 2022 telah bersetuju supaya Jawatankuasa Kabinet Mengenai Pembangunan Sosioekonomi India
(JKMPSMI) ditubuhkan dan dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri;

2. Jawatankuasa ini akan diurusetiakan oleh Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri (EPU, JPM);

3. Ekoran daripada Jemaah Menteri tersebut, EPU, JPM
telah mengadakan mesyuarat penyelarasan bersama Kementerian
Perpaduan Negara (KPN) &
MITRA bagi membincangkan perkara berikut:
(a) Cadangan keahlian;
(b) Terma Rujukan;
(c) Tadbir Urus JKMPSMI; dan
(d) Cadangan agenda Mesyuarat JKMPSMI Bil.1/2022.

4. Seterusnya, KPN dalam tindakan
memuktamadkan satu Pelan Tindakan Masyarakat India (PTMI)
yang dijangka akan dibentangkan ke Jemaah Menteri pada akhir Mac
2022 yang merangkumi lima (5) tunjang untuk pembangunan masyarakat
India iaitu:
(i) Memperkasa keperluan asas;
(ii) Meningkatkan kemenjadian setiap kanak-kanak;
(iii) Menaiktaraf ekonomi dan keusahawanan;
(iv) Memperkasakan keterampilan sosial; dan
(v) Memperkasakan wanita ke arah kesaksamaan gender.

About the author

Editor

Add Comment

Click here to post a comment