BN komited ingin mengembalikan Johor sebagai negeri termaju di Malaysia, di bawah kepimpinan calon Menteri Besar Barisan Nasional, Dato’ Hasni Mohammad .
Barisan Nasional (BN) menawarkan lima teras utama sebagai manifesto Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dengan menampilkan 43 inisiatif bagi menjamin kesejahteraan dan kestabilan negeri.
Ikhtiar Barisan Nasional Johor terdiri daripada lima ikhtiar yang merangkumi Ikhtiar Kemajuan Ekonomi, Ikhtiar Kesejahteraan Rakyat, Ikhtiar Orang Muda Johor (OMJ), Ikhtiar Membudayakan Pentadbiran Berintegriti dan Ikhtiar Reformasi Politik.
Add Comment