Mi-Voice MIC News PRN Johor 2022

TIMBALAN PRESIDEN MIC MEMBERI SOKONGAN KEPADA CALON-CALON BARISAN NASIONAL

Pagi ini YB Datuk Seri M.Saravanan, Menteri Sumber Manusia merangkap Timbalan Presiden MIC bertandang ke Mersing memberi sokongan moral kepada calon-calon Barisan Nasional yang memfailkan pencalonan mereka bagi bertanding di DUN Tenggaroh dan DUN Endau di dalam Pilihan Raya Negeri Johor.

Ketua Pemuda MIC, saudara Raven Kumar Krishnasamy akan mempertahankan DUN Tenggaroh yang diwakili beliau sejak 2013, manakala saudara Mohd Youzaimi Yusuf dari Umno pula bertanding di DUN Endau.

Beliau amat kagum dengan semangat tinggi jentera Barisan Nasional dan amat yakin BN akan meraih mandat kukuh warga Johor membentuk kerajaan negeri 12 Mac nanti.