MIC Youth PRN Johor 2022

MESYUARAT PENYELARASAN PILIHAN RAYA NEGERI JOHOR PEMUDA BARISAN NASIONAL

YB Raven Kumar Krishnasamy, Ketua Pemuda MIC Kebangsaan bersama Saudara Kesavan, Ahli Jawatankuasa Kerja Pusat MIC Kebangsaan, Saudara Khiruba, Penolong Setiausaha Pemuda MIC Kebangsaan dan Saudara Satheesh, Ketua Pemuda MIC Negeri Johor telah menghadiri Mesyuarat Penyelarasan Pilihan Raya Negeri Johor Pemuda Barisan Nasional.

Mesyuarat yang dipengerusikan oleh YBhg. Dato Dr. Asyraf Wajdi, Pengerusi Pemuda Barisan Nasional telah memperhalusi gerak kerja Pemuda Barisan Nasional menuju Pilihan Raya Negeri Johor 2022 dan meneliti strategi Pemuda Barisan Nasional dalam memastikan sokongan pengundi muda terhadap Barisan Nasional.