Mi-Voice MIC News MIC Youth PRN Johor 2022

MESYUARAT KHAS YANG DIPENGERUSIKAN OLEH PENGERUSI BARISAN NASIONAL

Sebentar tadi YB Datuk Seri M.Saravanan, Menteri Sumber Manusia merangkap Timbalan Presiden MIC telah menghadiri mesyuarat khas yang dipengerusikan oleh Pengerusi Barisan Nasional, YB Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bersama Menteri Besar Johor, Datuk Seri Utama Hasni Mohammad di Saujana, kediaman rasmi MB Johor. 

Beliau telah membincang berkenaan pengagihan kerusi bagi MIC di PRN akan datang.

Kewibawaan Datuk Seri Utama memimpin Negeri Johor amat terserlah walaupun tempohnya hanya dua tahun. Semoga Datuk Seri Utama dapat terus mengemudi kerajaan negeri dengan mandat baru warga Johor di dalam Pilihan Raya Negeri 12 Mac nanti.

Turut bersama YB Datuk Seri M.Saravanan hari ini YB Senator Datuk T.Mohan, Naib Presiden MIC, YB Vidyananthan, Ketua Perhubungan MIC Negeri Johor & YB Raven Kumar, Ketua Pemuda MIC Kebangsaan.