Mi-Voice MIC News

PERSIAPAN KEMPEN DAN STRATEGI JENTERA MIC DI BILIK GERAKAN MIC NEGERI JOHOR

Bahang PRN Johor makin terasa dengan hari penamaan calon Sabtu ini makin hampir.

Sebentar tadi YB Datuk Seri M.Saravanan, Menteri Sumber Manusia merangkap Timbalan Presiden MIC sempat melawat Bilik Gerakan MIC Negeri Johor bagi meninjau persiapan kempen dan strategi jentera MIC.

Amat terserlah semangat dan keyakinan jentera MIC bagi menawan sokongan pengundi kepada Barisan Nasional untuk membentuk kerajaan negeri dengan mandat baru yang lebih kukuh.