Mi-Voice MIC News

KEMPEN MENCARUM PERKESO USAHAWAN TEKUN

YB Datuk Seri M.Saravanan, Menteri Sumber Manusia merangkap Timbalan Presiden MIC bersama Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, YB Tan Sri Noh bin Hj. Omar bersama telah melancarkan kempen mencarum PERKESO Usahawan Tekun.

Kempen ini adalah bertujuan untuk meningkatkan kesedaran akan kepentingan caruman tersebut kepada para Usahawan Tekun dalam memastikan mereka menerima manfaat dan faedah yang sepatutnya dalam aspek pelindungan dan keselamatan. Kerajaan akan memudahkan dasar bagi menyokong pertumbuhan ekonomi dan kebajikan usahawan dalam sektor ini.

YB Datuk Seri M.Saravanan juga menyeru kepada semua Usahawan untuk mencarum bersama PERKESO supaya dapat meringankan beban anda di masa akan datang.