Mi-Voice MIC News

MIC terus sokong kepimpinan Muhyiddin – Vigneswaran

KLANG – MIC akan terus menyokong kepimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan akan bekerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) sehingga satu keputusan dibuat dalam Majlis Tertinggi (MT) Barisan Nasional (BN)

Presiden MIC, Tan Sri SA Vigneswaran berkata, UMNO akan memutuskan hubungan dengan PPBM pada PRU akan datang dan MIC menghormati keputusan itu atas dasar semangat setiakawan BN.

“Bagaimanapun, MIC pada masa sekarang akan menyokong kepimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin dan akan berkerjasama dengan parti Bersatu hingga suatu perkembangan baru dalam keputusan majlis tertinggi BN.

“Biar kita tunggu dan lihat pergerakan politik untuk jangk amasa terdekat ini,” katanya ketika menyampaikan ucapan dasar pada Perhimpunan Agung Tahunan ke-74 yang turut disaksikan oleh Muhyiddin melalui aplikasi zoom hari ini.

Vigneswaran turut melahirkan rasa penghargaan MIC kepada Muhyiddin yang memperuntukan satu jawatan Menteri walaupun parti itu memenangi satu kerusi Parlimen pada pilihan raya lalu.

“Secara ironi tanpa apa-apa cadangan dari kepimpinan BN seperti yang telah dijelaskan oleh Perdana Menteri. BN juga tidak mencadangkan calon MIC untuk jawatan Timbalan Menteri dan Senator.

“Saya terpaksa menjelaskan hal ini selepas Datuk Sivaraj telah membangkitkan isu ini dalam suatu siaran akhbar baru-baru ini. Namun demikian, ironinya kita masih dalam MIC. Yes. Ironically we are still in BN,” ujarnya. -MalaysiaGazette

https://malaysiagazette.com/2021/04/03/mic-terus-sokong-kepimpinan-muhyiddin-vigneswaran/