Mi-Voice MIC News

MIC pelik Umno minta serah kerusi Sungai Siput

Setiausaha Agung MIC, M Asojan menyatakan kehairanan berhubung gesaan Ketua Puteri Umno Sungai Siput, Norazura Abdul Karim agar MIC memberi laluan kepada Umno untuk bertanding di parlimen itu.

Asojan berkata kerusi itu secara tradisi ditandingi presiden MIC dalam setiap kali pilihan raya umum (PRU) sebelum ini.

“Jadi, amat hairan jika MIC diminta menyerahkan kerusinya kepada Umno pada PRU akan datang,” katanya kepada pemberita di ibu pejabat MIC, Kuala Lumpur, hari ini.

Dia berkata demikian ketika ditanya gesaan Norazura bahawa sudah sampai masanya MIC menyerahkan kerusi Sungai Siput kepada Umno.

Kerusi Sungai Siput pernah disandang bekas presiden MIC, VT Sambanthan dari 1959 hingga 1974 dan S Samy Vellu dari 1974 hingga 2008.

Bagaimanapun calon Parti Sosialis Malaysia (PSM) Dr Michael Jeyakumar Devaraj berjaya merampas kerusi tersebut pada PRU 2013, sebelum dirampas PKR pada PRU berikutnya.

Presiden MIC sekarang, SA Vigneswaran dijangka bertanding di kerusi berkenaan pada PRU akan datang.

Umno masih ‘pinjam’ Cameron Highlands 

Berkaitan status kerusi Cameron Highlands pula, Asojan berkata kerusi itu masih ‘dipinjamkan’ kepada Umno.

“MIC masih pinjamkan kerusi itu. Ini kerana BN masih tidak menyelesaikan pengagihan kerusi. Sebarang keputusan akan diambil oleh majlis pimpinan tertinggi BN,” katanya.

Pada pilihan raya kecil (PRK) 2019, parlimen Cameron Highlands ditandingi calon BN, Ramli Md Nor sebelum menyertai Umno.

PRK itu diadakan selepas Mahkamah Pilihan Raya mengisytiharkan kemenangan naib presiden MIC, C Sivarraajh PRU-14 terbatal dan tidak sah apabila didapati berlaku amalan rasuah untuk mempengaruhi pengundi di kawasan itu.

Dalam pada itu, Sivarraajh mengingatkan kepimpinan tertinggi Umno supaya berhenti menggunakan taktik “baling batu, sembunyi tangan” seperti ini.

Namun dia tidak menjelaskan siapa yang dirujuknya sebagai ‘tangan tersembunyi’.

Untuk rekod, gesaan Norazura dibuat sehari selepas Vigneswaran menyatakan Umno perlu menjadikan pendiriannya benar-benar jelas sama ada mereka mahu bekerjasama dengan Bersatu atau Pakatan Harapan (PH).

Sementara itu pemimpin bahagian MIC Sungai Siput, M Neruji mempersoalkan apakah jaminan BN akan mencapai kemenangan jika kerusi itu diserahkan kepada Umno.

Menurut Neruji, Umno pernah mempunyai sejarah kalah apabila bertanding di kerusi milik MIC.

“Kalau kita lihat, kerusi DUN Behrang dan Pasir Panjang (di Perak) ditandingi MIC diberikan kepada Umno. Mereka tetap kalah juga pada PRU yang lalu.

“Kenyataan Puteri Umno itu memang ‘kebudak-budakan’. Dari segi demografi pengundi MIC mempunyai peluang kemenangan (di Sungai Siput) lebih besar berbanding Umno,” katanya kepada Malaysiakini.

Sungai Siput merupakan kerusi campuran dengan 36 peratus pengundi Cina, 34 peratus pengundi Melayu, 21 peratus pengundi India dan Lain-lain sebanyak 9 peratus.

https://m.malaysiakini.com/news/568773

About the author

Editor

Add Comment

Click here to post a comment