INSIDEN perobohan kuil Sri Maha Muniswarar di Taman Bersatu, Alor Setar pada 1 Disember 2020 mencetuskan rasa tidak puas hati dalam kalangan penganut agama Hindu yang dilakukan Majlis Bandararaya Alor Setar.Dipercayai, kuil itu sudah berusia hampir 50 tahun dan menjadi pusat menunaikan sembayang bagi penganut Hindu di kawasan setempat sejak sekian lama.Apabila Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor yang juga pemimpin Pas dimohon untuk memberikan penjelasan, beliau memberikan alasan bahawa pihak berkuasa tempatan mengambil tindakan tersebut kerana kuil itu dibina di kawasan yang tidak dibenarkan oleh undang-undang, malah pembinaannya tidak mengikut garis panduan struktur pembinaan yang dikawal selia oleh kerajaan negeri.Ekoran daripada insiden tersebut, beberapa pemimpin masyarakat India meluahkan rasa tidak puas hati secara terang-terangan.
Tidak AdilPresiden MIC, Tan Sri S A Vigneswaran merupakan pemimpin yang pertama mempersoalkan tindakan tersebut. Beliau menyifatkan perobohon kuil itu sebagai satu langkah yang tidak adil, malah kurang bijak kerana tindakan tersebut menyakitkan hati masyarakat India.Dalam pada itu, Muhammad Sanusi turut mengeluarkan kenyataan yang kurang beradab malah tidak masuk akal berhubung pendapat S A Vignesawaran.Beliau mengesa agar MIC diharamkan, walaupun MIC merupakan sebuah parti komponen BN.Malah dengan lantangnya, Muhammad Sanusi mengatakan bahawa MIC tidak seharusnya dibenarkan untuk bergerak bebas jika didapati menghasut orang ramai untuk melanggar undang-undang.Kata-kata sinis Muhammad Sanusi terhadap MIC turut tular di media sosial; “Senior politician seperti mereka itu janganlah minum hanya sebotol, mabuknya dua tiga botol,”.Kata-kata tersebut dilihat sebagai sebagai satu cacian dan celaan serta penghinaan terhadap pemimpin MIC, termasuk Presiden MIC.Persoalannya, apakah Tan Sri S A Vigneswaran tidak berhak untuk menyuarakan pendapatnya demi mempertahankan kepentingan kaum India?Apakah pendirian beliau untuk mempertahankan hak komuniti India itu menyalahi undang-undang dan dianggap sebagai menghasut orang India?Rentetan daripada kenyataan Muhammad Sanusi, komuniti India bukan sahaja di Kedah, malah di seluruh negara menzahirkan perasaan amat kecewa.Mereka berasa jelik dan tidak puas hati dengan kenyataan yang dibuat oleh seorang pemimpin utama yang menerajui kerajaan Kedah.Bahkan mereka menganggap beliau bukan sebagai ‘pemimpin berjiwa rakyat’ kerana tidak menjaga kepentingan dan sensitiviti kaum dengan membenarkan perobohan kuil-kuil di Kedah.MIC sedar bahawa isu perobohan kuil ini berkaitan dengan isu undang-undang semata-mata dan bukannya isu perkauman atau diskriminasi terhadap sesebuah kaum seperti diperjelaskan oleh Muhammad Sanusi.Namun, cara dan prosedur untuk merobohkan tempat suci yang melibatkan agama Hindu perlulah dilakukan dengan berhati-hati dengan menitikberatkan sikap tolak ansur dan mencari penyelesaian melalui rundingan atau muzakarah.Lebih-lebih lagi pucuk kepimpinan Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang sering menekankan bahawa parti itu berpegang pada prinsip inklusif dan mengutamakan pendekatan menghargai, menghormati serta menerima baik amalan agama lain-lain.Dalam erta kata lain, Muhammad Sanusi tidak seharusnya mabuk kuasa sebaliknya perlu mengubah sikap yang kurang prihatin dengan meneladani sikap keterbukaan Mursyidul Am Pas, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat terhadap kaum-kaum lain.Atas keperibadian beliau yang cukup tinggi, Allahyarham Nik Aziz dihormati dan disegani oleh semua kaum.Ini menjadi kunci penting beliau berjaya menerajui kerajaan Kelantan selama hampir 20 tahun.Lebih-lebih lagi Muhammad Sanusi perlu menghormati dan menghargai kepimpinan MIC yang sedia tampil ke hadapan untuk menjalin hubungan dan kerjasama politik dengan Pas sebelum Muafakat Nasional (MN) dimeterikan.Imbas KembaliPemimpin-pemimpin politik, terutamanya Muhammad Sanusi perlu mengimbas kembali peristiwa perobohan kuil Hindu di Kampung Jawa, Shah Alam yang berlaku pada Oktober 2007.Meskipun langkah perobohan kuil tersebut dilaksanakan mengikut lunas undang-undang, namun cara pengendalian perobohan kuil dengan menggunakan kekerasan tanpa mengambil kira sensitiviti penganut Hindu telah menimbulkan kemarahan dalam kalangan komuniti India terhadap kerajaan negeri.Ekoran daripada tindakan tersebut, satu gelombang timbul untuk menentang kerajaan.Ini dapat dilihat dengan tumbangnya kerajaan negeri Selangor pada Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU12) pada tahun 2008.Pendirian tegas S A Vigneswaran terhadap perobohan kuil tersebut disambut baik dan mendapat sokongan padu daripada keseluruhan komuniti India.Malah, mereka mengharapkan S A Vigneswaran, presiden parti yang menjadi pembela hak komuniti India sejak tahun 1946 untuk terus bersuara demi membela kepentingan komuniti dan agama mereka.
* Datuk M. Periasamy merupakan seorang penganalisis politik, budaya dan tamadun India.
https://www.astroawani.com/berita-malaysia/kenyataan-muhammad-sanusi-bangkit-kemarahan-kepimpinan-mic-271935
Add Comment