Mi-Voice MIC News

MIC biayai kos penerbangan khas membawa balik rakyat terkandas di Bangladesh

SEPANG, Mac 24: Setelah mengambil langkah drastik bagi membiayai kos 6 penerbangan khas sebanyak RM 1.05 juta bagi membawa pulang lebih 1,100 rakyat Malaysia yang terkandas di India akibat penularan wabak Covid-19, parti MIC sekali lagi tampil ke hadapan bagi membantu rakyat Malaysia yang terkandas di Bangladesh dengan membiayai kos RM 250,000 bagi penerbangan khas Malaysia Airlines.

Ketua Penerangan MIC, V. Gunalan berkata Presiden MIC Tan Sri SA Vigneswaran dan pucuk kepimpinan parti mengambil keputusan tersebut mengambil kira kebajikan dan keselamatan rakyat Malaysia di negara tersebut, di mana majoritinya merupakan golongan pelajar. Jadual penerbangan dan jumlah rakyat Malaysia yang terlibat di dalam misi tersebut sedang dikemaskinikan.

Sementara itu, Tharamish Kumar Raja Kumar, wakil kumpulan pelajar Malaysia di Bangladesh merakamkan penghargaan kepada Tan Sri SA Vigneswaran yang juga merupakan Yang Di Pertua Dewan Negara serta timbalannya Datuk Seri M. Saravanan, Menteri Sumber Manusia di atas keprihatinan terhadap kebajikan dan keselamatan pelajar-pelajar yang terkandas di Dhaka akibat Covid-19.

https://www.thesentral.my/2020/03/24/mic-biayai-kos-penerbangan-khas-membawa-balik-rakyat-terkandas-di-bangladesh/