Mi-Voice MIC News

Kejohanan Catur TSV antara Sekolah-Sekolah Tamil Negeri Selangor 2026

YBhg Tan Sri SA Vigneswaran, Presiden MIC telah merasmikan Kejohanan Catur TSV antara Sekolah-Sekolah Tamil Negeri Selangor 2026 yang dianjurkan oleh Badan Perhubungan MIC Selangor bersama Majlis Guru Besar Sekolah Tamil Negeri Selangor dengan sokongan MIED, Universiti AIMST serta Biro Sukan MIC di SJK(T) Sungai Renggam.

Catur bukan sekadar permainan malah merupakan platform yang membentuk pemikiran strategik, disiplin serta keyakinan diri dalam kalangan pelajar. Program seperti ini memainkan peranan penting dalam mencungkil bakat muda dan melahirkan generasi yang berfikiran tajam serta berdaya saing.

Tahniah kepada 524 murid yang telah menyertai kejohanan ini. Semoga usaha seperti ini terus memberi inspirasi kepada para pelajar untuk mencapai kecemerlangan dalam akademik dan kokurikulum.

Turut hadir bersama YB Datuk Seri M.Saravanan, Ahli Parlimen Tapah merangkap Timbalan Presiden MIC serta Kepimpinan Tertinggi MIC Pusat, Negeri & Cawangan.