Mi-Voice MIC News

Salam Takziah

Negara hari ini berdukacita atas pemergian lapan anggota Unit Simpanan Persekutuan (FRU) dalam insiden tragik di Teluk Intan. Mereka gugur dalam menjalankan amanah dan tanggungjawab mempertahankan keselamatan negara.

Saya mewakili seluruh warga parti MIC serta masyarakat Malaysia, merakamkan ucapan takziah yang sedalam-dalamnya kepada keluarga mangsa. Pemergian ini satu kehilangan besar, namun pengorbanan mereka akan sentiasa terpahat dalam ingatan rakyat dan sejarah negara.

Kita berdiri teguh bersama keluarga mangsa dalam saat yang sukar ini, dan mendoakan agar roh para wira ini dicucuri rahmat serta diberikan tempat yang mulia di sisi-Nya.

Negara ini terbina atas jasa dan pengorbanan insan-insan sepertinya. Kita tidak akan melupakan mereka.