T.Y.T Tan Sri Dato Sri SA Vigneswaran, Presiden MIC merangkap Utusan Khas YAB Perdana Menteri ke India dan Asia Selatan telah menyampaikan cek khiarat kematian kepada wakil/keluarga Ketua-Ketua Cawangan MIC yang telah meninggal dunia sebagai tanda penghargaan diatas sumbangan dan pengorbanan mereka kepada parti, masyarakat dan negara.
TYT Tan Sri Dato Sri turut menyampaikan ucapan takziah dan memberikan komitmen beliau kepada wakil/keluarga Ketua-Ketua Cawangan MIC terbabit berhubung kesediaan MIC untuk terus membantu mereka, terutamanya dalam soal keperluan pendidikan anak-anak terlibat.
Kebajikan Ketua-Ketua Cawangan dan keluarga Ketua-Ketua Cawangan MIC akan terus menjadi agenda utama TYT Tan Sri Dato Sri SA Vigneswaran.
Add Comment