21 Jun 2020, Kuala Lumpur – PERGERKAN WANITA MIC dengan tulus ikhlas mengucapkan Selamat Menyambut Hari Bapa kepada semua bapa – bapa sempena Sambutan Hari Bapa 2020. Ketua Wanita MIC Kebangsaan, Puan S. J. Usha Nandhini menyifatkan seorang bapa sebagai pejuang terhebat dalam hidup anak – anaknya. Menurut beliau, bapa adalah insan yang sangat bermakna dalam hidup seorang anak dan tanpa bapa siapalah kita didunia ini.
Puan Usha menekankan bahawa jasa seorang bapa tidak terhitung banyaknya dan pengorbanannya tidak mampu dibalas di dunia. Menurut beliau, seorang bapa mungkin tidak pandai menunjukkan rasa kasih sayang kepada anak-anaknya secara terbuka, namun di sebalik tirai beliau bertungkus lumus berkorban mengharungi tanggungjawabnya demi masa depan anak-anaknya. Pelbagai cabaran kerja dan tanggungjawab keluarga dilalui oleh seorang bapa dengan cukup sabar tanpa kenal erti penat lelah yang sanggup mencari rezeki untuk membesarkan anak-anak, di samping menyediakan keselesaan hidup untuk keluarga tersayang. Bapa adalah seorang insan yang jarang berkongsi kesusahan yang dilaluinya kerana mereka hanya ingin anak-anak untuk membesar dengan penuh kegembiraan tanpa kesulitan dan kesusahan hidup.
Puan Usha mengingatkan bahawa bapa juga memainkan peranan besar dalam memberikan pendidikan kepada anak-anak supaya anak – anak menjadi insan yang berjaya dalam hidup mereka. Oleh itu, sebagai seorang anak, kita harus sentiasa menghormati dan menghargai setiap pengorbanan yang telah dicurahkan oleh bapa. Puan Usha mengucapkan selamat menyambut hari bapa bersama keluarga tersayang.
TERIMA KASIH ATAS SEGALA PENGORBANANMU
SELAMAT HARI BAPA KEPADA SELURUH BAPA DI MALAYSIA
Add Comment