Mi-Voice MIC News

Sektor tenaga kerja diberi fokus dalam Pelan Pemulihan Ekonomi Jangka Pendek

PUTRAJAYA, Jun 3: Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata kerajaan akan terus berusaha memastikan tenaga kerja sentiasa dimanfaatkan dalam merangka Pelan Pemulihan Ekonomi (ERP) Jangka Pendek.

Beliau berkata demikian setelah perbincangan susulan bersama Datuk Seri M. Saravanan, Menteri Sumber Manusia, dan delegasi Kementerian Sumber Manusia semalam di Kementerian Kewangan.

Antara topik perbincangan adalah perlindungan perkerjaan dan pengangguran, hal berkaitan gaji dan upah, pembangunan kemahiran, dan lain-lain.

ERP merupakan fasa ke-4 daripada 6 fasa, atau “6R”, dalam usaha Kerajaan menangani cabaran kesihatan dan ekonomi disebabkan Covid-19 dan ianya akan diumumkan oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di dalam masa terdekat.

https://www.thesentral.my/2020/06/03/sektor-tenaga-kerja-diberi-fokus-dalam-pelan-pemulihan-ekonomi-jangka-pendek/