MIC Women

SETINGGI – TINGGI PENGHARGAAN: YB TAN SRI DATO’ SRI SA. VIGNESWARAN

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada YB Tan Sri Dato’ Sri SA. Vigneswaran, Yang Di-Pertua Dewan Negara yang telah tamat penggal amanat beliau sebagai Speaker Dewan Negara pada 22 Jun 2020.

YB Tan Sri SA. Vigneswaran dilantik sebagai Senator dan Speaker Dewan Negara pada 23 Jun 2014. Beliau telah menunjukkan komitmen yang tinggi dalam melaksanakan tanggungjawab dan tugasan beliau sebagai YDP Dewan Negara dengan memberi perkhidmatan yang penuh cemerlang dan adil, di samping memastikan kelancaran persidangan Dewan. Tan Sri sebagai YDP Dewan Negara – Ke 17, turut menyumbang kepada kegemilangan Institusi Parlimen Negara Malaysia. Legasi beliau terserlah bukan sahaja di Malaysia, malah di peringkat Antarabangsa.

Tan Sri sebagai Presiden MIC adalah seorang pemimpin yang disanjung tinggi. Beliau adalah seorang yang berwawasan menuju memperkasakan MIC dan berbakti untuk kesejahteraan rakyat.

Selamat bersara diucapkan kepada YB Senator Tan Sri Dato’ Sri S.A. Vigneswaran. Terimakasih dan semoga khidmat cemerlang Tan Sri berterusan kepada Agama, Bangsa, Masyarakat Dan Negara.

Ikhlas daripada
PERGERAKAN WANITA MIC